© 2010 Koperasi BKSS . All Rights Reserved.
Designku

Di peringkat awal  Koperasi BKSS telah memulakan perniagaan dengan membuka 3 pintu kedai diruang kosong  Blok 5 Hospital RIPAS sebagai kedai perniagaan dengan kadar sewa $1,200.00 sebulan. Pada 6 Jun 1997 Syarikat Sadikin telah menyewa dengan kadar  $400.00 sebulan serta komisen sebanyak 8.75% atas jualan.

Pada tahun 1998 Koperasi BKSS telah berjaya menjalan perniagaannya sendiri dengan membuka kedai runcit menjual secara ‘take away’ kuih muih jenis berpaket, makanan ringan, barangan keperluan pesakit/orang ramai dan bunga bungaan.
Pada tahun 1998 KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSLAM  telah mengurniakan titah perkenan bagi Koperasi Badan Kebajikan Sukan dan Sosial Kementerian Kesihatan Berhad untuk membina sebuah bangunan terletak berdekatan dengan Makmal Negara didalam kawasan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha  Bandar Seri Begawan.

Bangunan tersebut telah dibina pada bulan April 2001 dan disiapkan pada bulan Disember 2001 dengan pembiayaan sumber kewangan Koperasi BKSS sendiri yang berjumlah sebanyak B$700,000.00

Bangunan ini mula digunakan pada 26 Februari 2002 dengan  membuka kedai runcit dan kedai menjual kuih-muih serta makanan berpaket . Upacara perasmiannya telah di sempurnakan olih Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Seri Setia  Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam pada 11 Mei 2003.

Bangunan Koperasi BKSS bertempat dikawasan Hospital RIPAS Bandar Seri Begawan
Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong merasmikan bangunan KOPERASI BKSS
KAFE dan Restoran Koperasi BKSS dibangunan koperasi yang terletak dikawasan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Bandar Seri Begawan.
Kedai Runcit Koperasi BKSS dibangunan koperasi yang terletak dikawasan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Bandar Seri Begawan.
KEDAI KUIH DAN MAKANAN BERPAKET

Berkosepkan komisen atas jualan Koperasi BKSS telah membuka peluang perniagaan kepada ahli-ahli untuk menjual kuih muih dan makanan berpaket. Peluang ini telah mendapat  sambutan dari ahli-ahli koperasi.
PERKHIDMATAN KATERING

Bagi mempelbagaikan sumber pendapatan Koperasi BKSS juga mengadakan perkhidmatan katering. Perkhidmatan ini bukan sahaja untuk ahli-ahli koperasi yang memerlukannya ianya juga dilaratkan kejabatan jabatan kerajaan. Dua buah van telah dibeli untuk  pengangkutan,  perkhidmatan katering dan lain lain.
PERKHIDMATAN TROLI & KIOS

Projek perkhidmatan troli telah mula diperkenalkan pada tahun 2001 yang merupakan perniagaan jualan dengan menggunakan pondok dengan harga $2,000.00 sebuah.

Dengan adanya kemajuan menggunakan konsep perniagaan saperti ini ianya telah dilaratkan dihospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan didaerah Brunei Muara, Belait dan Tutong.
Perkhidmatan Troli Koperasi BKSS yang terdapat di Hospital-Hospital dan Pusat-Pusat Kesihatan. 
Perkhidmatan KIOS Koperasi BKSS yang terdapat diHospital Duli Pengiran Muda Mahkota Tutong. 
Antara perkara yang dijalankan oleh Koperasi BKSS termasuklah ;

1) Memberi pendidikan perniagaa kepada  ahli koperasi.
2) Mengikuti latihan serta kursus dan seminar didalam dan luar negeri bagi ahli lembaga pengarah dan pekerja koperasi.
3) Menderma kepada anak anak yatim bagi kakitangan Kementerian Kesihatan dan suka duka ahli koperasi.
4) Mengadakan seminar, kursus dan taklimat kepada pekerja dan pembekal   dengan kerjasama BINA.
5) Menerima lawatan dari dalam dan luar negari yang dikendalikan olih BINA.
Malay / English
Member log in