© 2010 Koperasi BKSS . All Rights Reserved.
Designku
Bangunan Koperasi BKSS Kementerian Kesihatan Berhad. terletak berdekatan dengan Makmal Negara didalam kawasan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.
AHLI LEMBAGA PENGARAH
KOPERASI BADAN KEBAJIKAN SUKAN DAN SOSIAL (BKSS) KEMENTERIAN KESIHATAN BERHAD
BAGI TAHUN 2011-2012
Koperasi BKSS telah berhasil memberi pekerjaan kepada seramai 69 orang anak tempatan termasuk seorang berjawatan Pengurus. Ada diantara mereka ini telah berkhidmatan lebih 10 tahun dengan Koperasi BKSS. Pada masa ini jumlah pekerja Koperasi BKSS ialah seramai 72 orang termasuk 3 orang pekerja asing yang bertugas sebagai tukang masak .
Untuk kesejahteraan para pekerjanya Koperasi BKSS telah menyediakan skim perkhidmatan; bonus tahunan, cuti tahunan, bayaran kerja lebih masa, TAP dan SCP.
1) Memperbanyakkan asset hartanah .
2) Memperkenal Skim Pinjaman Khas untuk kemudahan pembiayaan hari-hari keriaan dan pembelian peralatan
perkakas pembelajaran.
3) Memperkenalkan Skim Yuran Bulanan bagi ahli-ahli.
4) Menjadi Agensi Pekerjaan ( asing ).
5) Mengadakan perkhidmatan pengangkutan.
6) Mengadakan memorandum kesefahaman dan jaringan kerjasama dengan koperasi-koperasi di dalam dan luar
negeri ensi-agensi perniagaan swasta/bank.
7) Mengadakan expo dan trade fare.
Majlis menandatangan dan pertukaran nota Memorandum kesefahaman
di antara Koperasi BKSS dan Syarikat Straits Central Agency (SCA)
Koperasi BKSS telah dipilih sebagai penerima anugerah Koperasi Berdaya Maju sempena Sambutan Jubli Perak Gerakan Koperasi pada 9 Muharam 1423 bersamaan dengan 23 Mac 2002 olih Badan Kemajuan Industri Brunei (BINA), Kementerian Perindusterian dan Sumber Sumber Utama Negara Brunei Darussalam .

Keahlian hanyalah terdiri dari pegawai pegawai dan kakitangan tempatan yang berkhidmat diKementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam meliputi ke-empat empat daerah; Brunei & Muara, Tutong, Belait dan Temburong.
Keahlian Koperasi BKSS bermula dengan 211 orang . Pada tahun 1997 ianya meningkat kepada 751 orang setelah pembukaan jualan saham kali yang kedua. Dengan pembukaan jualan saham kali yang ketiga pada bulan Julai 2009 jumlah ahli masakini ialah 1,406 orang.
Setiap ahli mestilah terlebih dahulu mendaftar dan membayar wang bersekutu sebanyak B$10.00 dan dikehendakki membeli dan menjelaskan empat unit saham bernilai B$25.00 seunit. Jumlah maksima saham bagi setiap ahli hingga kehari ini ialah sebanyak $19,000.00.
Kementerian Kesihatan
Brunei Darussalam
Hospital Pengiran Muda Mahkota
Pengiran Muda Hj Al-Muhtadee Billah
Daerah Tutong
Hospital Suri Seri Begawan
Pekan Kuala Belait
Pusat Kesihatan
Mukim Seria
Pusat Kesihatan
Pekan Muara
Pusat Kesihatan
PAP Hajah Rashidah Sadatul Bolkiah
Kampung Sungai Asam
Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha
Bandar Seri Begawan
Pusat Kesihatan
Mukim Sengkurong
Menjadikan Koperasi Yang Cemerlang Di Rantau Asian.
1. Menyediakan Pasarana(kewanagn dan Lain-lainnya) Bagi Ahli-Ahli Koperasi Menjadi Pengusahawan.
2. Menyediakan Kursus-Kursus Yang Komprehensif Yang Menjurus Kearah Keusahawan.
3. Mempelbagai dan Mempergiatkan Perniagaan Koperasi Di Sektor-Sektor Yang Lain.
4. Memperluaskan Jaringan Kerjasama Dengan Koperasi Didalam dan Luar Negeri.
5. Memperluaskan Jaringan Kerjasama Dengan Pengusaha / Peniaga / Perbankan Didalam dan Luar Negeri.
KOPERASI BKSS
KEMENTERIAN KESIHATAN BHD
BANDAR SERI BEGAWAN